Wednesday, May 27, 2009

sampaikan walau satu ayat

got this link from my sister. thank you sister. thank you verses of life.
InsyaAllah.
Alhamdulillah.

....Percaya atau tidak. Boikot itu memang satu cabang aqidah. Bercakap-cakap mengenai boikot bukan semudah memandangnya atas sentimen, bukan juga semudah menentangnya dengan mengatakan ia sunnah si Abu Jahal!

.....Benar Ahmad SAW itu tidak pernah memboikot urusniaga dengan Yahudi. Tidak juga menekan-nekan ekonomi mereka. Tapi siapa kita untuk kata boikot barangan si kuffar itu bukan dari Islam?

......Ramai beralasan, tidak perlu memboikot kerana ekonomi umat Islam itu sendiri akan terganggu. Ah! Nanti tiada pula pendapatan orang Islam untuk membayar zakat atau cukai kepada sang pemerintah. Kosong pula tabungan zakat negara.

......Bukan persoalan dua tiga orang manusia jadi biul akibat diberhentikan kerja. Mana datang aulawiyyat? Melihat dua tiga orang terpaksa mencari kerja lain, atau melihat dua tiga ribu orang mati di bom bertalu-talu?

......Benar, bukanlah jatuh bangun ekonomi mereka hanya disebabkan botol-botol Coca Cola ataupun bekas-bekas plastik Starbuck. Kita akan-akan terlupa bahawa kita tidak memandang dari sudut aqidah. Kita perlu memandang bahawa, lengkapnya aqidah kita apabila kita mula mampu meninggalkan apa-apa yang ada kaitan yang jelas dengan mereka.

i'm not that good.
i may not mind if one couldn't accept an act of da'wah.
but i really would mind if one acted against da'wah.
marah.
i am not that good.
InsyaAllah kite semua dilindungi.

No comments: